MENUTUP RAYUAN ITU
SUMBANGAN pada 28 OKT 2018, 10PM
JUMLAH KESELURUHAN: $1,076,170
JUMLAH SUMBANGAN: 6,155
Kami sedang menghadapi dua kes saman di Makhamah Tinggi. Satu kes saman telah dihadapkan oleh Majlis Bandaran Aljunied-Hougang (AHTC), atas arahan Panel Bebas (Philip Jeyaretnam S.C., N. Sreenivasan S.C. dan Ong Pang Thye) di bawah Akta Majlis-Majlis Bandaran. Satu lagi kes saman telah dihadapkan oleh Majlis Bandaran Pasir Ris-Punggol (PRPTC).
Kedua-dua kes mendakwa bahawa kami dan dua lagi anggota majlis bandaran telah mengabaikan amanah kami dalam pengurusan AHTC, and sekarang kami didakwa bertanggungjawab untuk membayar semua wang kepada AHTC dan PRPTC. Jumlah keseluruhan yang kami didakwa berhutang melebihi $30 juta, walaupun kami tidak dituduh menerima satu sen pun secara peribadi.
Dakwaan-dakwaan yang kami menghadapi ini tidak berasas. Kami telah menjalankan tanggungjawab kami secara beramanah, and melakukan apa yang kami anggap adalah untuk kebaikan para penduduk and Majlis Bandaran. Kami telah melaksanakan pembelaan yang kukuh dalam kes-kes saman ini, and telah mengambil khidmat guaman Tan Rajah & Cheah.
Kami akan mencabar dakwaan-dakwaan dengan tegas. Jika kami gagal dalam pembelaan kami, dan dihukum untuk membayar jumlah wang yang besar dan tidak dapat melunaskan hukuman tersebut, kami mungkin muflis.
Semenjak kes-kes saman bermula, kami telah melunaskan perbelanjaan guaman dengan pengunaan wang simpanan kami, dan derma dari rakan-rakan. Jumlah keseluruhan kos guaman kami adalah $600,000, untuk persiapan sebelum bermulanya kes-kes ini. Perbelanjan sehingga kini telah banyak menggunakan sumber kewangan peribadi kami.
Kami memerlukan sumber kewangan untuk terus membela diri kami dalam kes-kes ini, dan untuk bersedia kemungkinan menjadi muflis.
Kami memerlukan sokongan kewangan dari khalayak ramai.
Terima kasih atas sokongan anda. Setiap pemberian, walaupun kecil, akan berbakti. Anda boleh menberi sokongan anda melalui:
• PayNow kepada +65 9852 5901 (nombor awam Sylvia)
• Pemindaan wang melalui Internet (Internet fund transfer) kepada akaun UOB nombor 396 309 388 6
• Cek dialamatkan kepada mana-mana satu daripada kami:
Lim Swee Lian Sylvia
Low Thia Khiang
Pritam Singh
Poskan cek anda kepada “My Mail Box 882560 Singapore 919191”
Kalau anda selesa, kami harap anda boleh maklumkan alamat emel anda supaya kami dapat menandakan ucapan terima kasih kami kepada anda.
Jika anda ada sebarang soalan, anda boleh menghantar emel kepada kami di ingoodfaithsg@gmail.com
Sokongan anda amat dihargai.
Terima kasih dari kami bertiga!